
Sulit
3 tahun
Tekak tidak selasa & terasa ada sesuatu yg tersekat
Sy kerap mengalami sakit tekak dan tidak keselesaan pada tekak. Dah berbagai doctor saya jumpa dan dah berbagai ubag sy makan. Adakah saya elergic pada makanan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tekak tidak selesa dan terasa ada sesuatu tersekat di tekak. Untuk makluman anda, secara umum, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Radang tonsil
- Jangkitan dan batu tonsil
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria .