
Sulit
4 tahun
Tekak tidak selesa seperti ada sesuatu selepas reda daripada sakit tekak
Saya seorang guru berumur 27 tahun. Saya telah berada di Korea Selatan pada 22-24/2. Saya menghadapi sakit tekak tanpa demam atau batuk selepas 2 minggu pulang tetapi reda selepas sehari pengambilan antibiotik daripada doktor. Kini tekak saya tidak sakit tetapi masih berasa tidak selesa dan seperti ada sesuatu tersekat di tekak. Perlukah saya merujuk kembali kepada doktor atau tunggu beberapa hari sehingga ubat habis untuk melihat perkembangan?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya ambil maklum bahawa anda telah berada di Korea Selatan dan kini mengalami rasa tidak selesa pada tekak. Oleh kerana wabak COVID-19 kian merebak anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Secara amnya, ujian saringan tidak dijalankan kepada sesiapa yang tidak mempunyai sebarang gejala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.