
Sulit
3 tahun
Tekanan darah 131/86 p/84 adakah sesuai saya ambil vaksin sekarang pada bacaan tekanan darah tersebut?r
Saya mengalami pening kepala semalam, biasanya jarang sangat pening dalam setahun Dan pada hari ni perlu divaksin. Adakah perlu teruskan vaksin atau dapatkan slot seterusnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda merasa bimbang adakah anda boleh mengambil vaksin atau tidak. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada individu yang mempunyai masalah sakit kepala. Setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat dihentikan secara menyeluruh.
Anda dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan sosial/fizikal, menjaga kebersihan, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Walaubagaimanapun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan informasi yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta tindakan lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini