
fadhilahnz12
5 tahun
Tekanan darah tinggi atau tidak
Hi doctor.
Tiada darah tinggi tapi 4 hari ni sya sakit kepala sgt2… cek tekanan darah bacasn 123/81/74 … ok ke tu doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, untuk pengetahuan anda tekanan darah yang normal adalah sekitar 120/80 mmHg. Justeru, tekanan darah anda tidak tinggi. Merujuk kepada keluhan yang anda alami, gejala sakit kepala tersebut boleh disebabkan pelbagai faktor seperti:
- Migrain - pencetus seperti makanan coklat, keju, kafein
- Perubahan hormon - ketika ovulasi atau pra-menstruasi
- Sakit kepala tegang - akibat stres, dehidrasi
- Anemia (kurang sel darah merah)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.