
Sulit
4 tahun
Tekanan emosi dan stress
Saya umur 16 semenjak ni saya selalu berkurung bila org tnya saya bt tktau ja. Saya semenjak ni bila duduk dlm bilik saya akan menangis sebb tkbleh terima apa yg saya bt. Bila saya duduk dlm bilik saya akan menangis and bt bukan bukan (pukul diri sendiri, toreh tangan) kdg kdg terpikir nk bunuh diri and penah cuba. Smpai satu tahap saya terbayang ada org dgn saya and dia selalu ada ngn saya,kdg kdg saya peluk dia saya pegang tgn dia saya cerita semua dekat dia. And saya takde semangat nk bt apa apa sekalipon.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala mencederakan diri sendiri, serong rasa sedih dan bersendirian merupakan salah satu dari gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan penyesuaian diri terhadap situasi atau keadaan yang baru
- gangguan mental organik
- dll.
Justeru, buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikologi untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.