
Sulit
3 tahun
Tekanan perasaan menangis
Hi doktor saya adie dan saya tak tahu apa yg harus saya lakukan da doktor…
Saya sebelum ni bersama BFF saya merantau di KL dan perkenalan kami sudah 8/9tahun…tp perpisahaan berlaku kerana dia terpaksa balik ke kg halaman dia di Indonesia dan saya Malaysia…
Jd perpisahaan ini membuat hati saya sedih dan termenung sehinggakan ssya tidak tahu nak buat apa…
Dia balik ke Indonesia pd hari raya ke-2 dan sejak tu saya kadang2 menangis,ketawa (nak tutup kesedihan) …kadang2 saya marah kerna apa yg berlaku sampaikan org tua saya sakit saya jd blur dan tidak ambik tahu hal lain…saya seakan2 tak rela apa yg berlaku…
Saya masih duduk di rumah sewa yg sama kami sewa bersama2 dulu cume setiap kl saya terbayang2 BFF saya di situ…adakah saya gila doktor?adakah saya mengalami tekanan perasaan?
Saya siap buatkan 1 bear dan pakaikan baju & seluar sahabat saya itu…kadang2 saya bercerita sendirian dan peluk dengan bear tu?adakah saya depresi?
Saya redha semua berlaku tp dalam hati saya susah nak melakukannya…sampaikan satu masa saya fikir nak Bunuh Diri…kerana saya rasa itu jalan terbaik tuk saya rehatkan diri saya…dan saya pernah melakukan tp tidak berjaya akan itu…
Kini saya bebetul tak tahu nak fikir apa lagi doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kesedihan dan keinginan untuk bunuh diri serta yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh disebabkan oleh:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Kurang rehat/tidur
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, kami mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dan luahkan masalah dengan orang yang anda percaya
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Susun masa dengan membuat jadual agar semua kerja menjadi teratur
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Namun, sekiranya gejala anda semakin serius, anda boleh mendapatkan nasihatan, rawatan atau bantuan lebih awal .
Anda boleh bercakap dengan doktor kami atau pakar psikiatri secara atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut atau pandangan kedua.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.