
Sulit
3 tahun
Tekanan perasaan,,syak wasangka,,keliru
saya wanita berumur 40 tahun…saya bakal berkahwin untuk kali ke-3…masalah saya terasa tidak disayangi,diabaikan &di ketepi kan…kadang² memang ada terfikir kalau saya keterlaluan tapi hati saya tetap mahu begitu…dalam keluarga saya bukanlah anak/adik yang dimanja/diberi perhatian…saya selalu disalahkan atas kesalahan orang lain…baru² ni mak marah saya atas kesalahan adik/kakak saya sedangkan dia tahu bukan saya yang bersalah…saya yang bayar bil²,beli makan & barang dapur tapi dia marah² & halau saya sebab bil² dah makin tinggi…waktu keluarga besar kami tinggal bersama (ada 3org yg dah berkeluarga)jumlah bil² dibahagi kepada 3 &serah duit pada mak…dia akan pergi bayar bil² tu…tapi mak kerap complain pada abang sulung,katanya mak kerap perlu guna duitnya untuk cukup kan bayar bil kerana saya sentiasa lewat serah duit&tak pernah cukup jumlahnya…sedangkan saya sentiasa yang pertama&beri lebih tapi kakak yang buat masalah yang mak complain tu…saya keliru mengapa mak layan saya lebih teruk dari musuh…sampaikan saya rasa janggal bila mak suruh saya makan ubat bila saya demam hari tu…walaupun banyak kali cuba&gagal,sampai sekarang saya masih teringin dapat sama dengan yang lain…untuk saya tiada makan sama² bila saya beli/masak di rumah,tiada sembang²&gurau² bila saya datang…dia buat hal sendiri berkurung dalam dalam bilik…memang begitu sejak saya remaja…apa yang terbaik untuk saya pilih?saya padam saja hati ingin rasa semua tu&teruskan hidup seperti dulu atau terus cuba dapatkan nya?tapi saya dah tak tahu apa lagi perlu lakukan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap orang inginkan kasih sayang daripada kedua ibu bapa mereka serta keluarga mereka. Saya mencadangkan supaya anda sentiasa melayani ibu anda dengan baik, dan mencari waktu untuk bertanya kepada ibu anda jika anda ada berbuat salah serta mengapa ibu anda memberi anda layanan yang sebegitu. Saya menasihatkan anda supaya menyelesaikan dengan cara yang baik dan berbincang bersama ahli keluarga yang lain.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.