
Sulit
4 tahun
Telinga anak saya yang berumur 2 tahun berkemungkinan telah masuk air semasa mandi air
Assalammualaikum doktor, saya seorang ibu kepada 4 cahaya mata.
Pada minggu lepas, semasa pulang ke rumah ibu saya, adik saya telah membantu saya untuk memandikan anak saya yang nombor tiga, berusia 2 tahun. Selepas sudah mandi,adik saya memberitahu, berkemungkinan telinga anak saya masuk air.Sejak kejadian tersebut, saya mendapati anak saya kerap kali memegang telinganya, apabila saya cuba periksa, saya mendapati ada tahi telinga, dan saya membuangnya. Tapi keadaan anak saya masih sama, masih kerap memegang telinganya.Apakah yang saya patut lakukan? Perlukah saya bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anak anda mungkin berasa tidak selesa kerana:
- tahi telinga tersumbat
- Jangkitan telinga tengah
- Jangkitan telinga luar
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan kerana anak anda masih terlalu muda untuk menjelaskan simptomnya. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.