Anonymous

4 tahun

Telinga Bengkak dan kurang dengar

Saya wanita berusia 32 mempunyai masalah telinga… Saya sudah berjumpa doktor sebanyak tiga kali… Pada permulaan telinga saya sakit dan doc kata seperti ada biji bisul dan diberi ubat titis… Second time jumpa diberi ubat titis… Y ke tiga diberikan ubat surut bengkak… Sekarang masih tiada perubahan… Telinga saya sudah menjadi kurang dengar terhadap bunyi…hanya bergantung kpd telinga kiri untuk mendengar… Telinga kanan seakan² sudah tertutup dengan bengkak tetapi telinga saya sudah tidak sakit namun kesan dari itu saya sering alami pening dan sakit di bahagian kening…apakah yang perlu saya lakukan?.. Terima kasih

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Sakit telinga yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara:

  • Masalah pada saraf
  • Masalah jangkitan kuman dalam telinga
  • Masalah luka fizikal dalam telinga
  • Masalah cairan telinga yang telah mampat

Antara rawatan untuk sakit telinga-

  • Rawatan untuk sakit telinga bergantung kepada sebabnya. Ini termasuklah ubat daripada farmasi iaitu ubat tahan sakit seperti aspirin atau ibuprofen untuk melegakan kesakitan dan demam. Rawatan lain termasuklah tuaman suam, acetaminophen(Paracetamol) atau ubat anti-inflamasi yang lain.
  • Ubat untuk ‘otitis media’ kebiasaannya ialah antibiotik oral manakala ubat untuk ‘otitis externa’ adalah antibiotik titis telinga (eardrops). Doktor mungkin akan memberikan antibiotik untuk jangkitan telinga, walaupun sesetengah kajian menyatakan antibiotik tidak semestinya akan memberikan rawatan yang efektif.
  • Pakar farmasi mungkin akan mengesyorkan ubat titis telinga untuk melegakan sakit telinga dengan lebih cepat di rumah. Minyak zaitun juga dapat membantu mengeluarkan tahi telinga yang banyak dengan mudah. Elakkan daripada menggunakan minyak zaitun atau ubat titis telinga jika gegendang telinga anda pecah.
  • Dalam kebanyakan kes, sakit telinga boleh sembuh tanpa melibatkan apa-apa rawatan, tapi apabila sakit tersebut berpanjangan sepanjang hari dan tidak sembuh juga, bolehlah berjumpa pakar ENT atau pakar telinga, hidung dan kerongkong atau pakar penjagaan utama (primary care physician) di hospital.
    Anda disarankan untuk meneruskan rawatan yang telah diberikan oleh doktor dan jika terdapat komplikasi atau sakit yang berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Untuk mengenal pasti punca masalah anda dan merawatnya, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dijalankan.

Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.
sakit-telinga

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)