
Sulit
4 tahun
Telinga bengkak. Pda hari 3 . Pada awalny nampak seperti kena gigit ulat
Anak saya berumur 1 tahun . Teliga dia bengkak .mula mula bengkk sikit . Bila masuk hari ke 3 bengkak macam besar apperlu sya buat . Sebb tkde p

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai gejala anak anda harus ditanyakan bagi pihak kami memahami masalah yang anak anda alami.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh trauma atau kecederaan
serta jangkitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.