
Sulit
4 tahun
Telinga berair selepas rawatan cuci telinga
Hi Dr. Sy ada buat rawatan cuci telinga.Keesokan hari, telinga saya keluar air yg banyak. Tapi telinga sy tidak ada rasa sakit/pening & berdengung.adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Namun, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan supaya punca sebenar masalah yang anda hadapi dapat dikenalpasti. Bagaimanapun, keadaan yang anda alami berkemungkinan besar merupakan kesan sampingan daripada prosedur rawatan cuci telinga yang anda jalani, yang mana merupakan baki lebihan air dari prosedur tersebut. Selagimana air yang keluar dengan spontan berhenti dan tidak berupa darah atau lendir kuning ianya tidak berbahaya. Untuk makluman anda, kesan sampingan lain yang boleh berlaku adalah rasa berdengung pada telinga.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.