
Sulit
4 tahun
Telinga bunyi seperti angin atau berdesing
saya wanita berumur 25 tahun,telinga kiri saya kerap berbunyi seperti berdesing ketika saya menundukkan kepala,contoh apabila ketika rukuk dalam solat.Hampir sebulan juga perkara ini berlaku tetapi saya belum bertemu doct lagi.Mohon penerangan dari doct.Thanks!

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda yang dipanggil tinnitus, seperti:
- Tahi telinga tersumbat
- Pernah terdedah pada bunyi yang kuat
- Perubahan pada tulang telinga (otosclerosis)
- Kecederaan pada bahagian kepala
- Masalah pada sendi temporomndibular
- Tekanan darah tinggi
- Ubat seperti antibiotik
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.