
Sulit
5 tahun
Telinga dan hidung tersumbat
Saya ada masalah resdung yg kuat juga…kadang menyebabkan telinga sy spt berlaku tersunbat dan berair.Adakalanya hidung juga spt tersumbat dn gatal sekali…sy rase tidak selesa apatah lagi pernah buat utk keluarkan angin tp xberjaya…sya alami mslh ni dah lebih 1 tahun…pendengaran sy masih demgar cume tidak jelas spt fulu…bagaimana utk atasi ini doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Anda harus sahkan dahulu bahawa ini ialah penyakit resdung dengan doktor. Setelah itu, rawatan yang sewajarnya akan diberi dan boleh membantu menangani simptom resdung anda.
Resdung boleh dirawat di rumah. Antara rawatan yang dicadangkan ialah:
- Basuh kain lapik yang lembap dan hangat. Tahan di atas muka anda untuk meredakan gejala sakit.
- Gunakan humidifier untuk mengekalkan udara lembap
- Semburan hidung boleh membersihkan rongga hidung anda
- Minum air dengan banyak untuk mencairkan hingus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.