
Sulit
4 tahun
Telinga dan tulang berbunyi
Hi doc,saya mengalami telinga seolah berbunyi popping/cracking.bunyi ni akan muncul bila saya menelan air liur,menguap dan bercakap.apabila saya tutup telinga saya mendengar telinga saya seolah berdesing dan membuatkan saya tidak selesa.saya juga kadang kdang berasa sakit di telinga.apakah masalah saya ini?boleh doctor tolong jelaskan?.selain itu saya mengalami tulang berbunyi di dada apabila saya tarik nafas.tulang di bahagian lain juga sering berbunyi .saya tidak pasti masalah yg saya hadapi ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Masalah telinga berbunyi boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Tahi telinga tersumbat
- Pernah terdedah pada bunyi yang kuat
- Perubahan pada tulang telinga (otosclerosis)
- Kecederaan pada bahagian kepala
- Masalah pada sendi temporomndibular
- Tekanan darah tinggi
- Ubat seperti antibiotik
Sakit telinga, hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.