
Asiah
6 tahun
Telinga di masuki air
Saya mandi manda di sebuah kolam,dan telinga telah di masuki air. Saya ingin mendapatkan ubat di klinik ini secara on Line. Ubat titis DLL?

6 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda.
Anda tentunya tidak merasa selesa apabila telinga dimasuki air. Selalunya ia akan menyebabkan telinga anda merasa geli dan gatal serta pendengaran anda menjadi terbatas. Kebiasaanya, air tersebut akan kering atau keluar dari telinga. Masalah ini tidak memerlukan sebarang ubat melainkan apabila air tersebut kekal di dalam telinga dan menyebabkan jangkitan.
Sekiranya anda mendapat simptom jangkitan seperti bengkak telinga, demam atau telinga bernanah dan berbau, dapatkan rawatan segera. Anda boleh berhubung dengan doktor kami yang bertauliah secara percuma dengan klik pada link ini:
https://bit.ly/2DXtfQr