
Sulit
4 tahun
Telinga kadang2 berdengung
Sya lelaki berumur 36tahun. Sejak 2 menjak ni,telinga saya berdengung/bergema bila dengar bunyi tv,lagu…dan bercakap. Kadang2 bila sy bercakap (suara sendiri) pun,telinga saya bergema. Kadang2 berlaku jugak,bila saya jogging, telinga saya akan rasa tersumbat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah telinga berdengung dipanggil tinnitus. Ia merupakan satu simptom dan bukanlah penyakit. Simptom tinnitus ini menunjukkan anda mungkin menghadapi masalah seperti:
- Hilang pendengaran
- Terdedah dengan bunyi bising yang terlalu kuat
- Tahi telinga tersumbat
- Masalah pada tulang telinga
- Masalah lain seperti ketumbuhan atau jangkitan di dalam telinga
Masalah telinga memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca telinga berdengung yang anda hadapi, maklumat lebih lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Anda dinasihatkan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi tindakan selanjutnya. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.