
Sulit
5 tahun
Telinga kanan sakit
sy wanita dlm 20an. telinga kanan sy rasa sakit masa ditekan. 2,3 ari lps telinga berbunyi sprti ade sesuatu di dlm tlinga/berbunyi sprti air. dan ade sdkit cairan melekit keluar dr telinga. skrg telinga sy tk berbunyi dan tk keluar cecair tp sakit. kepala sy terase sdkit pening. adakh itu berkaitan dgn sakit yg sy hadapi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Jadi, sakit kepala/pening kepala adalah salah satu simtom yang sering terjadi apabila berlaku masalah pada struktur-struktur tersebut. Terdapat beberapa sebab sakit telinga.
Masalah pada struktur telinga iaitu:
Tahi telinga menyumbat lubang telinga
Jangkitan pada lubang telinga
Bendasing menyumbat saluran telinga
Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang hadapi oleh anak anda dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.