Sulit
3 tahun
Telinga kanan tidak dengar
assalam…umur saya 15…saya mengalami masalah telinga kanan tak dengar sejak 2 hari…kenapa ye? tapi telinga saya ni jadi tak dengar langsung sebab sebelum tu saya ada korek telinga mcm biasa…tahu2 telinga saya belah kanan langsung tak dengar…skrg ni dh la saya tgh minggu exam pt3…so apa punca dia dan cara atasi? tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kehilangan pendengaran di satu sisi telinga secara tiba-tiba boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan telinga
- Trauma kepala
- Penyakit autoimun
- Akibat ubat-ubatan
- Masalah saluran darah
- Masalah saraf
Kehilangan pendengaran secara tiba-tiba adalah satu situasi kecemasan. Sebaiknya anda segera mendapatkan pemeriksaan dan merujuk doktor kerana dikhuatiri sekiranya tidak diatasi dengan segera ia dapat berlanjutan
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.