Sulit
3 tahun
Telinga kedengaran seperti buih yang meletup
Sejak kebelakangan ni telinga saya kedengaran seperti buih2 yang meletup… apakah ada cara penyelesaiannya?
3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami
Sakit telinga, hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini. Masalah telinga berbunyi boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Tahi telinga tersumbat
- Pernah terdedah pada bunyi yang kuat
- Kerosakan pada gegendang telinga
- Perubahan pada tulang telinga (otosclerosis)
- Gangguan pada tiub Eustachia
- Kelainan lain yang memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).