
haziq1224
6 tahun
Telinga kurang pendengaran
selepas mandi,telinga saya tersumbat hanya dapat didengar apabila di tarik,kemudian setelah saya cuci telinga,benda itu semakin buruk apabila saya cuba tarik pun tak boleh dengar dengan jelas

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Terdapat 3 jenis masalah kurang pendengaran:
- Masalah pendengaran konduktif – masalah ini berpunca daripada masalah pada bahagian telinga luar atau tengah
2)Masalah pendengaran sensori neural – masalah ini adalah disebabkan oleh penyakit di bahagian telinga dalam iaitu koklear dan saraf koklear yang menghantar bunyi ke otak
3)Kombinasi penyakit konduktif dan sensorineural
Gejala-gejala berkaitan :
-Tinnitus atau bunyi berdesing
-Telinga berair dan bernanah
-Sakit telinga
-Pendarahan dari telinga
-Pening kepala / hilang keseimbangan (vertigo)
-Sakit kepala
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih