amniey654
5 tahun
Telinga Macam ada bende meletup
Ayah saya berumur 63 tahun. Semalam ketika dia bersin, dia mendengar seperti ada bende meletup dalam telinga seakan akan sesuatu terkoyak. Dan sekarang telinga kanannya menjadi kurang dengar. Apakah yang meletup dalam telinga itu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bunyi letup tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- perforasi membran timpani
- akibat trauma
- fistula perilimfatik
Memandangkan sukar untuk kenalpasti tanpa melihat telinga, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




































