
Anonymous
6 tahun
Telinga rasa tersumbat dan ada cairan berbau
Saya remaja perempuan berumur 17 tahun dan mengalami masalah sakit telinga . Sebelum ini sudah terjadi,saya berjumpa dengan doktor dan katanya saya mengalami jangkitan kuman jadi saya diberikan ubat titis antibiotik dan ubat pil bengkak,gatal dan sakit.baru baru ini terjadi lagi gatal telinga dan menjadi masalah yang sama dengan masalah terdahulu . Saya menggunakan ubat titis antibiotic yang sama selama 3 hari dan masih tiada perubahan .

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Saya bersimpati terhadap keadaan yang tidak selesa yang anda alami. Anda mungkin mendapat jangkitan telinga yang memerlukan rawatan dan pemeriksaan telinga yang selanjutnya.
Anda disarankan untuk tidak menggunakan ubat titis dari penyakit sebelumnya untuk penyakit sekarang. Ini disebabkan adalah punca penyakit sekarang ini mungkin berbeza dari yang sebelumnya dan ubat yang sebelumnya tidak berkesan untuk jangkitan yang sekarang.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.