Anonymous
3 tahun
Telinga sakit berdengung
Saya lelaki umur 24 tahun. Saya baru balik bercuti dan waktu bercuti saya dah 2 minggu. Waktu cuti tu saya swimming dan telinga masuk air. Dan saya cuba keluarkan tapi masih tak boleh. Jadi bertahan 2 hari dalam telinga. Masih sakit telinga saya walaupun doktor suruh makan ubat antibiotik dan letak 10 titik air ubat telinga. terasa pekak sebelah dan sakit dengung2. Boleh saya korek pakai besi telinga tu ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit telinga ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- external otitis : keradangan telinga luar
- otomycosis : jangkitan kulat
- contact dermatitis : sejenis keradangan kulit
- chronic suppurative otitis media : akibat jangkitan lama
- carcinoma of the ear canal : sejenis kanser
- psoriasis : penyakit kulit autoimun
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.