
nurniedy
6 tahun
Telinga sakit rasa macam bengkak
Saya berumur 21 tahun. saya mengalami sakit telinga, bengkak pada bahagian dalam rasa sakit ketika membuka mulut atau d sentuh pada lubang telinga…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah pada bahagian telinga perlu diperiksa sebelum kesimpulan tentang punca masalah atau gejala yang anda hadapi dapat diketahui.
Antara kemungkinan yang boleh menyebabkan masalah yanga anda hadapi ialah:
- Jangkitan telinga
- Jangkitan tekak yang merebak ke bahagian telinga
- Masalah otot di tepi muka berhampiran telinga
- Masalah saraf
- Radang di dalam telinga atau struktur sekitaranya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.