
anaashrawi1
4 tahun
Telinga saya tidak boleh mendengar secara tiba tiba
hai doktor. Saya perempuan dan berumur dalam lingkungan 18 tahun. Beberapa hari yang lalu saya selsema dan batuk agak kuat selama 3 hari. Namun selepas itu keadaan saya bertambah baik dan tiada lagi batuk tetapi selsema ada sedikit. Ketika saya sakit saya tidak makan ubat langsung. Hanya banyakkan minum air. Selepas beberapa hari saya sudah sihat telinga saya didapati tersumbat seperti ada sesuatu besar menghalang pendengaran saya dan menyebabkan saya tidak boleh untuk mendengar. Saya hanya dapat menggunakan sebelah telinga. Saya sudah makan ubat kahak, batuk dan selsema kerana itu adalah faktor utama untuk telinga pekak namun tiada perubahan.
3 tahun lepas perkara yang sama terjadi namun semasa itu telinga saya sakit sehingga saya tidak boleh tidur langsung. Perkara yang terjadi pada 3 tahun lepas amat berbeza dengan sekarang kerana sekarang telinga berdengung dan tidak rasa sakit langsung.Telinga saya sudah pekak selama 2 hari. Soalan saya ialah apakah yang saya harus lakukan? perlukah saya jumpa doktor di klinik? Saya amat risau kerana ini berkaitan dengan pendengaran

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus ataupun kuman
- Alahan
- Gegendang telinga pecah
- Tahi telinga tersumbat pada saluran telinga
- Trauma kepada telinga ataupun kepala
- Ketumbuhan pada telinga ataupun otak
- Bunyi yang kuat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.