
Sulit
4 tahun
Telinga seakan tersumbat
Hai…sy nk tanya sy dh chek up dlm telinga clear x de ape2 tp knp sy rasa telinga sy seakan tersumbat sy cuba tutup sebelah dan cuba dengar pendengaran sy jelas tp bila sy mendengar kedua belah sy rasa belah kiri telinga rasa sumbat knp ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Tiub eustachian tersumbat
Tahi telinga
Altitude tinggi
Acoustic neuroma
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar diagnosis serta rawatan yg tepat boleh diperlohi.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.