
Sulit
4 tahun
Telinga sebelah kanan berdesing tetapi tidak sakit
Selamat sejahtera. Saya berumur 24 tahun. Saya mengalami masalah telinga berdesing sebelah kanan telinga saya selama 4 hari tetapi tidak mengalami rasa sakit. Setelah berjumpa doctor pakar di klinik swasta. Keadaan dalam telinga saya dalam keadaan baik sahaja setelah di check oleh doctor dengan menggunaka camera kecil. Selepas itu doctor check dalam hidung saya. Saya di maklumkan bahawa ia berpunca disebab kan sinus dihidung saya. Setelah nurse cuci hidung saya dan memberikan beberapa ubat dan ubat titik hidung. Setelah beberapa hari. Tiada sebarang perubahan saya alami. Keadaan telinga saya masih sama setelah makan ubat dan mengikut nasihat doktor. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan seterusnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, telinga berdesing boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Meniere’s disease yaitu penyakit telinga dalam
- Otosklerosis ketumbuhan tulang abnormal di telinga tengah
- Noice induced hearing loss kehilangan pendengaran akibat bunyi bising
- Presbiakusis yaitu kehilangan pendengaran terkait umur
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.