
Sulit
4 tahun
Telinga selalu bernanah
Hai doctor,sy berusia 27 tahun,telinga kanan sy bernanah dah sakit serta ada benjolan d lehar sbelah kanan,adakah benjolan tu berbahaya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit telinga di sebelah kanan dan nanah beserta benjolan di leher. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi masalah pada telinga, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan sakit telinga antaranya:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista
- Abses atau nanah
- Masalah saraf
- Ketumbuhan pada bagaian saraf atau di dalam telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Pemeriksaan telinga dan ujian lain juga adalah diperlukan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.
Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.