
Sulit
4 tahun
Telinga seperti ada benda
Hello doc . Saya harini merasakan seperti ada benda dalam telinga kanan saya dan sy juga merasakan sakit kepala serta tidak boleh fokus langsung. Saya sudah merasakan beberapa telinga saya mcm ada benda shj tp sy pun x tahu kenapa doc. Boleh jelaskan disebabkan migrain atau apa ye doctor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hello, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda alami. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami gejala sedemikian namun ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami kondisi sedemikian.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Antara puncanya adalah:
- Bendasing (Foreign body) di dalam telinga
- Jangkitan dan radang pada rongga telinga
- Impaksi tahi telinga (Impacted earwax)
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Nasihat kami adalah anda perlu berjumpa dengan doktor supaya anda dapat diperiksa dan mendapat rawatan yang sesuai.
Terima kasih sekali lagi kerana menghubungi kami di DoctorOnCall. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi peribadi secara atas talian.