
Sulit
4 tahun
Telinga tak selesa bila menelan
Assalamualaikum dan selamat petang sy nk tanya lepas sakit telinga sy berkurang sbb infeksion dua belah telinga sy dapati telinga sy berdengung bila bercakap berdesing dan bila sy menelan ada bunyi `pop atau letup adakah normal dan pendengaran sy akan pulih ??sbb sy selalu bimbang sy ada anxienty pk bkn2 mohon penjelasan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada telinga
- Nanah/abses dalam telinga
- trauma
Berkenaan dengan keadaan anda pulih atau tidak, secara amnya pesakit akan pulih setelah mendapatkan rawatan namun perlu diketahui bahawa setiap pesakit adalah berbeza dan terdapat banyak faktor yang mengalakkan pemulihan selain ubat. Sebagai contoh, ketahanan imun badan, keseriusan penyakit, persekitaran dan banyak lagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.