
ainaabalqis27
5 tahun
Telinga terasa seperti tersumbat
saya remaja berumur 15 tahun. saya terasa seperti telinga saya tersumbat di belah kiri. sebelum saya rasa telinga saya seakan tersumbat, saya mengalami batuk berkahak dah selsema.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah telinga tersumbat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan dalam telinga - jangkitan selesema yang naik ke telinga
- Resdung
- Gegendang telinga koyak - akibat nanah atau perubahan tekanan
- Tahi telinga yang tersumbat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.