
Sulit
4 tahun
Telinga tersumbat di bahagian kiri sejak dari 2haribulan 9
Saya ibu kepada 3 anak.sekarang saya merasa seperti telinga saya tersumbat.sudah pergi ke klinik dan doktor mengatakan saya terkena jangkitan kuman pada telinga dan memberikan saya ubat antibiotik,ubat tahan sakit dan ubat turun bengkak.ubat itu hampir habis,tetapi keadaan telinga saya masih sama.sekarang saya sakit tenggorokan serta batuk…saya juga skg lg flu.dan rasanya mahu demam juga…perlukah lagi saya ke hospital?keadaan telinga sa sangat membuat saya tidak selesa.telinga tersumbat juga kadang menyebapkan saya sakit kepala .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah telinga tersumbat serta sakit tekak dan batuk disampingi dengan selesma dan demam yang dihadapi anda. Untuk makluman anda, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekali lagi bagi mendapatkan rawatan yang lebih sesuai mengenai masalah yang dihadapi kerana kemungkinan simptom-simptom yang anak anda alami adalah disebabkan oleh komplikasi daripada jangkitan pada telinga tersebut.
Simptom-simptom anda alami mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Terdapat beberapa penjelasan yang boleh boleh dikaitkan dengan masalah anda iaitu:
- Jangkitan pada telinga yang merebak ke tonsil atau ruangan tekak melalui tiub eustachian yang menhubungkan ruang telinga dan ruang mulut
- Jangkitan virus
- Keradangan yang merebak ke tekak seperti keradangan tonsil (tonsilitis)
- Masalah immun sistem badan
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Mengenai antibiotik yang diberi, kemungkinan jangkitan kuman yang anda alami telah menjadi resisten kepada antibiotik tersebut, lalu merebak ke ruangan tekak dan hidung dan menyebabkan simptom-simptom yang anda alami sekarang. Oleh itu, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.