
Sulit
4 tahun
Telinga tersumbat ketika berdiri lama dan panas matahari
Hi doktor…sy mengalami telinga tersumbat…hal ini dh berlaku selama beberapa tahun.sy akan mengalami telinga tersumbat sekiranya sy berdiri lama ataupun d bawah matahari terlalu lama…mohon doktor bagi pencerahan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Sakit telinga, atau tersumbat memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Namun umumnya gangguan telinga tersumbat boleh berpunca dari:
- Gangguan Saluran Eustachian
- Penyumbatan oleh benda asing atau tahi telinga
- Gangguan kontraksi otot telinga
- Gangguan telinga yang lain, dimana pemeriksaan lanjut perlu dilaksanakan oleh doktor
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.