Sulit
2 tahun
Telinga tersumbat/pening kepala
Hi Dr? Apabila saya bangun tidur telinga saya seakan2 tersumbat. Kurang dengar keadaaan sekeliling sperti ddk dalm kenderaan menaiki gunung. Turut disertakan dgn rasa yg sgt pening apabila bangun drpd baring. Beberapa minit kemudian, telinga saya seakan2 bunyi mengeluarkan angin atau release pressure or berdesing saya tak pasti tapi pendengaran tu seakan akan terbuka sedikit demi sedikit. Apa masalah saya ya doc? Thanks.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Perubahan tekanan udara
- Terdapat cecair di dalam telinga
- Jangkitan telinga
- Bendasing (foreign body) di dalam telinga
- Radang tekak (laryngitis)
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan masalah anda berdasarkan soalan sahaja kerana pemeriksaan perlu dilakukan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.