
Sulit
4 tahun
Telingat tersumbat. Apa masalah dan cara mengatasinya? Saya stress bila sebelah telinga saja yg dgr. Adakah sy ada penyakit?
Telinga kanan saya dah tersumbat selama 2 hari. Saya hanya dapat dengar dengan jelas hanya disebelah kiri. Sekarang saya dengar bunyi angin dan seumpamanya sangat kuat di dalam telinga yang tersumbat itu. Jadi boleh doktor terangkan apa masalah telinga saya dan bagaimana hendak mengubatinya? sebab hari ni Sabtu, saya tidak dapat ke klinik untuk 2 hari lagi.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala telinga tersumbat yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Gumpalan tahi telinga yang mengeras - akibat penggunaan pengorek telinga
- Bengkak laluan dalam telinga - akibat jangkitan kuman
- Jangkitan dalam telinga (otitis media)
- Kumpulan cecair dalam telinga (otitis media with effusion)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Pemeriksaan telinga dan ujian lain juga adalah diperlukan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.
Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.