
nanihadzwanisalleh
3 tahun
Tempat kuarantin bagi anak berumur 9 tahun
Anak kakak close contact dgn keluarga jiran (6hari lepas). Anak tiada simptom. Swab test akan dilakukan esok, seperti arahan dari klinik kerajaan. Sekiranya anak seorang yang disahkan covid positive, adakah anak tersebut akan dihantar ke pusat kuarantin bersendirian? Ataupun cukup sekadar kuarantin dirumah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor. Umum mengetahui bahawa saat ini seluruh dunia dilanda wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, pesakit covid akan dikuarantin mengikut tahap keseriusan covid. Jika berada di bawah tahap 3 iaitu tahap 1 dan 2, kebiasaanya akan dikuarantin di rumah sahaja. Namun, semuanya bergantung kepada arahan doktor yang merawat anak anda.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) untuk kepastian. Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jika terdapat sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini