
Anonymous
2 tahun
Tempat Mata putih ade merah
Tempat mata putih, ade saluran merah,tidak tahu ape masalah,sudah 2bulan,n i adelah pesakit dialysis &diabetes

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, biasanya saluran merah pada mata putih adalah saluran darah. Peningkatan usia boleh menyebabkan saluran darah ini timbul lebih jelas. Namun begitu, sekiranya salur darah tersebut terlalu jelas, besar atau pecah boleh menunjukkan masalah pengelihatan atau masalah kesihatan lain.
Bagi penyakit diabetes, masalah diabetik retinopati boleh terjadi, namun masalah ini hanya boleh dilihat melalui fundoskopi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.