
Sulit
5 tahun
Tempoh dara haid normal
Hi doktor. Saya ingin bertanya adakah normal darah haid keluar hanya dalam tempoh 2,3 atau 4 hari sahaja. Dalam tempoh 2 hari pertama darah yang keluar mmg banyak.
Dan perlukah berasa bimbang dengan keadaan ini? Adakah darah haid kurang keluar dari 5 hari akan menyebabkan ketidaksuburan?
Mohon penjelasan doktor…terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Merujuk kepada penjelasan anda, kemungkinan besar lama haid anda selama 4 hari adalah masih normal.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.