
Sulit
4 tahun
Tempoh haid tidak teratur
Hi, saya Nana. Saya berusia 26 tahun. Saya baru berkahwin selama hampir 6 bulan. Saya dan suami saya sedang merancang untuk hamil pada waktu ini. Tetapi haid saya tidak teratur dan sukar untuk saya cari waktu subur. Berikut adalah kitaran haid saya :
Januari hinggai Disember 2020 : 32, 36, 35, 28, 34, 27, 35, 27, 32, 23
Januari hingga April 2021 : 23, 34, 35, 38
Adakah ini normal? Apakah cara yang boleh saya lakukan supaya saya boleh melancarkan kitaran haid saya agar lebih konsisten dan cepat hamil?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid setiap wanita adalah berbeza-beza dan kitaran secara purata adalah 28 hari. Namun, kitaran haid juga dikira normal jika berlaku selama 21 hingga 40 hari. Ovulasi atau waktu kesuburan biasanya berlaku pada hari ke 14 sebelum kitaran haid anda berakhir.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.