Sulit
5 tahun
Tempoh haid yang lama dimulai dgn spot darh berwarna coklat dan hitam selama 3 atau 4 hari kemudian haid normal selama 7 hari
Saya wanita berusia 24 tahun dan masih belum berkahwi… Saya tidak mengambil sebarang ubat. Berat badan saya berada dalam kategori berat berlebihan. Saya mengalami masalah period tidak teratur. Tarikh jangkaan period saya selalunya susah untuk dikenal pasti keran selalu awal atau lewat 2 minggu. Namun dalam sela masa 3 bulan, period sy tidak datang 1 atau 2 bulan. Masalah kedua yNg saya hadapi adalah, darah haid saya berwarna coklat atau hitam bagi tempoh 3 hingga 4 hari period. Ia akan keluar seperti spot hitam. Pada hari kelima barulah period saya menjadi normal. Period saya berlangsung selama 12 hingga 13 hari jadi saya sangat bimbing. Boleh saya tahu apa masalah saya?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























