Sulit
3 tahun
Tempoh kuarantin sampai bila?
Assalamualaikum doc.
Saya demam pada 13/1,sy disahkan positif covid setelah mendapati tiada deria bau.
Saya diarahkan utk hanya kuarantin di rumah.
Harini hari ke-10.
Bilakah sy boleh bebas dari kuarantin dan berjumpa ahli keluarga yg lain?
Keadaaan sy sudah sihat hanya deria bau yg belum berfungsi sepenuhnya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah anda. Untuk makluman anda, tempoh kuarantin yang baru diumumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini adalah sekurang-kurangnya 10 hari. Setelah itu, anda perlu mendapatkan ujian saringan terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan ahli keluarga lain. Setelah menjalani ujian dan mendapatkan hasilnya, arahan selanjutnya akan diberikan kepada anda oleh pegawai kesihatan. Anda diminta untuk mematuhi arahan yang ditetapkan.
Jika masih terdapat keraguan, hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini