Sulit
3 tahun
Tempoh menunggu keputusan swab test
Hai kenalan saya ada buat swab test di klinik kerajaan. Keputusan dalam 3 hari tapi masih tidak terima call pada hari ke-4. Perlu teruskan kuarantin sampai 10 hari atau boleh tanya keputusan terus dengan melayari mana2 pautan web? Perlukan segera sebab ia berkaitan tempoh cuti kerja yang diberikan kepada kenalan tersebut terhad.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui tentang tempoh menunggu keputusan ujian saringan COVID-19 bagi kenalan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, keputusan swab test kebiasaannya mengambil masa dalam 24 hingga 48 jam. Namun begitu, tempoh ini boleh menjadi lebih lama sekiranya ramai yang menjalani ujian tersebut. Pihak anda juga boleh menghubungi klinik kerajaan tempat kenalan anda melakukan ujian saringan tersebut untuk kepastian.
Jika anda mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan POSITIF COVID-19 ataupun anda memiliki sebarang gejala COVID-19, anda dinasihatkan untuk kuarantin kendiri sementara menunggu hasil ujian tersebut.
Untuk makluman anda, menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
Keletihan
Batuk
Lenguh dan sakit sendi
Sakit tekak
Sakit kepala
Kesukaran bernafas
Hilang deria bau
Akan tetapi, gejala COVID-19 yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza.
Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut bagi mengenai hal ini.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini