
Sulit
3 tahun
Tempoh saya lewat. Saya menjalani dua ujian kehamilan positif dan kemudian tiga hari kemudian saya mendapat haid. Apa yang berlaku?
Saya wanita berumur 41 tahun. Saya telah lewat datang bulan selama 2 minggu. Sebab itu, saya jalankan 2 kali ujian kehamilan dan kedua-dua menunjukkan keputusan positif. Tetapi lima selepas ujian yang kedua dijalankan, saya mengalami pendarahan seperti datang haid. Apa yang perlu saya lakukan? Perlukan saya berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kehamilan ektopik
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Keguguran
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan