Sulit
3 tahun
Tengkuk sakit dan tidak selesa
Saya lelaki berumur 17 tahun…masa sy berumur 14 thn sy tinggal di asrama dan sy sering bermain ( berlawan,bergusti ) dgn kawan hingga pada suatu masa kawan sy angkat badan sy keatas dan kepala sy di bawah,lalu dia menjatuhkan sy…dan sy terasa tulang di bahagian leher sy berbunyi “crack” lpastu , sampai skrg sudah 4thn rasa tidak selesa dan sakit
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah sakit tengkuk. Antaranya:
- Masalah postur badan yang tidak betul
- Masalah kedudukan struktur tulang
- Masalah saraf dan otot
Kegiatan yang rakan anda lakukan boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian tengkuk anda. Oleh itu saya sarankan anda untuk pergi ke klinik berdekatan untuk mengenalpasti punca masalah ini. Maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.