
Sulit
4 tahun
Tenlinga berdenyut tapi tidak sakit
Sy lelaki berumur 17 thn. Kadang-kadang sy rasa telinga sy berdenyut dan bnyk kali suda sy rasa mcm ni tapi bukan selalu la sy kena… mcm 1bln tu ada 1/2/3kali kena mcm ni , tapi semua yg sy rasa telinga sy berdenyut tu lansung tidak sakit. Dan telinga sy yg berdenyut ni kadang-kadang ada di sebelah kiri dan kadang-kadang juga di sebelah kanan. Ni telinga berdenyut ni x juga lah teruk sngt , cuma rasa mcm terganggu ja lah dan x selesa begitu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Perubahan tekanan udara di luar dan dalam telinga
- Bendasing (foreign body) di dalam telinga
- Jangkitan telinga
- Tahi telinga yang besar dan keras
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.