
Sulit
4 tahun
Tentang acid folic untuk memudahkan prengnent
Boleh kan kita makan acid folic untuk kemudahan mengandung atau kesuburan… Adakah ngn cara itu dia akan berkesan… Terima kasih doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, asid folik boleh meningkatkan peratusan untuk mengandung. Sebuah kajian juga telah menunjukkan sekumpulan wanita yang mengambil multivitamin yang mengandungi asid folik dapat meningkatkan kebolehan untuk ovulasi dan meningkatkan kesuburan seorang wanita.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.