
Sulit
5 tahun
Tentang awal kehamilan bila bersama suami
Selamat tengahari doctor… Saya dahlia berusia 25tahun dan sudah berkahwin… Saya nak tanya soalan pada doctor… Ni tentang bersama dengan suami ketika awal kehamilan… Ada sesetengah pihak yang mengatakan tidak boleh bersama dengan suami di awal kehamilan dan tidak boleh pancut(air mani lelaki) di dalam… Ada yang mengatakan bila air memasuki ianya senang membuka cm@laluan… Adakah betul atau salah andaiannya itu??
Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kehilangan kehamilan di awal kehamilan adalah dikenali sebagai keguguran. Keguguran terjadi pada 10% kehamilan dan lebih 60% penyebab keguguran ini adalah akibat daripada masalah kromosom bayi.
Merujuk kepada kenyataan yang mengatakan tidak boleh bersama/ melakukan hubungan seksual, sebetulnya hal ini adalah benar berdasarkan teori saintifik. Untuk pengetahuan anda, air mani lelaki mengandungi prostaglandin yaitu bahan berbentuk hormon yang berfungsi untuk mengendalikan proses-proses tubuh. Secara biologi juga, hormon yang sama digunakan dalam bentuk sintetik untuk mendorong kontraksi rahim semasa proses bersalin. Maka, secara teori prostaglandin seharusnya dapat mencetuskan proses persalinan. Akan tetapi, kajian terbaru yang dilakukan kepada ratusan ibu hamil mendapatkan bahawa air mani (hubungan seksual) tidak mempengaruhi kecepatan timbulnya proses bersalin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.