
Sulit
4 tahun
Tentang pemakanan ketika mengandung
hi doctor, saya ada soalan. adakah bagus jika saya mengamalkan memakan buah2 seperti apple n limau semasa mengandung? apa yg membuatkan hb turun dan kencing manis semasa kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pemakanan ketika hamil.
Untuk makluman anda, tiada yang berbeza tentang pemakanan ketika hamil sekiranya anda sudah terbiasa mengamalkan cara pemakanan sihat. Dapatkan makanan berkhasiat, tinggi zat dan kaya dengan nutrisi, serta seimbang adalah kunci utama dalam memilih makanan. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik dan mempunyai nutrisi yang bagus, jadi tiada masalah untuk anda mengambil epal atau limau. Elakkan makanan berkolestrol tinggi, berminyak dan kandungan gula tinggi bagi mengelakkan komplikasi kepada kandungan.
Terdapat banyak sebab berlaku anemia ketika mengandung dan sebab-sebab ini bergantung kepada jenis anemia yang anda alami. antara sebabnya seperti:
- Kekurangan zat besi
- Kekurangan folate dan vitamin B12
- Jangkitan mikroorganisma
- Penyakit Thalasemia
- Pemindahan darah
Bagi kencing manis pula, ini antara risikonya:
- Berat berlebihan
- Sejarah keluarga dengan diabetis
- Disahkan kencing manis pada kandungan sebelum ini
- Tekanan darah tinggi
- Umur melebihi 25
Sekiranya anda inginkan nasihat yang lebih lanjut, sila ke hospital atau klinik dan berjumpa dengan doktor. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.