
Sulit
4 tahun
Tentang ransangan seksual
saya lelaki berusia 21 tahun, sejak kecil ketika berusia 8 tahun saya mempunyai bantal kesayangan atau biasa dipanggil bantal busuk,saya amat menyayangi bantal tersebut. Ketika berusia 14 tahun,saya mengalami mimpi basah. Mimpi basah saya, saya bermimpi melakukan mastubrasi dengan bantal tersebut. Sejak saya mengalami mimpi tersebut, apabila saya menyentuh bantal saya itu atau berfikir tentangnya saya akan teransang. Apabila saya memeluk bantal tersebut saya akan teransang sehingga air mazi keluar. Saya tiada keinginan untuk mempunyai teman wanita.Saya juga tidak teransang apabila melihat video atau foto berkaitan tubuh wanita.
Adakah saya normal?
Adakah saya telah hilang nafsu terhadap wanita?
Adakah saya telah bernafsu terhadap bantal saya sendiri?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut memahami keresahan itu dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala-gejala yang telah dijelaskan tersebut sememangnya merupakan salah satu indikasi dari gejala gangguan psikiatri yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Kondisi seperti itu sememangnya tidak normal dan perlu dinilai oleh doktor psikiatri bagi menentukan antara yang berikut:
- gangguan spektrum personaliti anti sosial yang berat
- gejala depresi berat
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan mental organik
- gangguan preferensi seksual yang tidak sihat (i.e. objectophilia)
- atau gangguan psikiatri yang lain
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi agar tidak lagi bergantung kepada objek sebagai dorongan kepuasan fizikal/mental. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling untuk anda, sekiranya tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami juga menasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing beliau, kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.