
Sulit
4 tahun
Tepi lutut sebelah kiri berdenyut
Saya wanita 20 tahun.Sejak 2 hari lalu saya mengalami denyutan setiap 12 saat di bahagian tepi lutut. Saya juga mengalami sakit di bahagian kiri pinggul saya. Selain itu, saya merasakan bahagian dari pinggul hingga kaki saya terasa tegang dan otot agak tegang. Denyutan kurang jika saya meletakan ubat yang agak pedas. Saya berasa sukar untuk gerak kan kaki dengan sempurna tetapi masih boleh berjalan. Tambah an, saya merupakan pesakit yang masih dalam rehab untuk masalah back and neck pain. Sejarah sebelum saya terkena back and neck pain saya pernah mengalami jangkitan air kencing dan kekadang sakit itu boleh datang.Kini,saya merasakan sakit di bahagian pinggul lebih kuat, dan saya kerap membuang air kecil lebih2 malam dengan cuaca yang agak sejuk. Pada waktu malam kaki dan tangan rasa mudah rasa sejuk.
TERIMA KASIH TUAN.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda, seperti:
- masalah pada saraf tunjang
- kurang pengaliran darah ke bahagian kaki
- saluran darah tersumbat
- postur badan yang tidak sihat
Jika simptom anda semakin teruk, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.